Sunday 3 April 2011

setiap kali..

Setiap kali aku terpandang
Setiap kali aku lalu
Bangku di bawah pokok itu
Pasti mengingatkan aku terhadapnya
Disaat kami berbual bersama-sama
Masih terngiang-ngiang
Kata-kata cintanya
“ Sayang ….
Patuhlah pada perintah Allah
Kerana Allah adalah Tuhanmu,
Percayalah dengan ajaran Rasul
Kerana Rasulullah utusan Allah ,
Jadilah anak yang taat kepada ibu
Kerana syurga di bawah telapak kakinya ,
Sayangilah adik-beradik kamu
Kerana air yang dicencang tidak akan putus ,
Tuntutlah ilmu selagi bernyawa
Kerana menuntut ilmu adalah jihad ,
Jadilah isteri yang solehah
Kerana ia memudahkan kamu ke syurga ,
Jadilah ibu yang mithali
Kerana zuriat adalah anugerah yang terindah ,
Dan binalah keluarga yang bahagia
Ingatlah wahai anakku ,
Ingatlah pesan abah ye ! “

No comments:

Post a Comment