1 ramadhan (21 julai 2012)
Baru lepas balik solat tarawih
Huhhh?!
Da msuk bulan ramadhan da? Macam tak caye je. Sya rasa sya baru je msok kat
kolej ni. Haish, sekejap je masa berlalu. Tup, tup dah 2 bulan ada kat kolej. Hurm..
tup,tup jugak. Dah nak ujian pertengahan semester (UPS). Agak gemuruh juga la.
Actually,
this my first experience I did my ibadah puasa without my family. I was excited
but at the same time I’m very sad. Hihi. Biasalahkan. Sebelum ni sahur mak yang kejutkan, makan minum mak boleh tolong.
Kat sini semuanya kena buat sendiri. Selalu pergi terawih kat surau dengan mak,
but this year always dengan roommates. Teringat petang tadi, Sya call my lovely
emak. J huhu. Lepas rindu la katekan. Ape
lagi da puasa esok pagi. Mak buat cerita sedih plak da.
“
esok dah puasa. mak teringat kat kakak kat kolej. Nanti sahur makan ape lah
anak mak ni. mak rasa lain pun ade. Mana taknya, selalu mak pergi tarawih
dengan kakak, tapi tahun ni kakak tak tak de. mak pergi sorang la terawih malam
ni.”
(Adui.. mau menangis mak tadi. Tapi tadi mak kawal je sebab ade kawan kat
sebelah.)
1st
ramadhan pny tarawih tak berapa ramai sangat la. Sebab ramai student yang
balik. Nak puasa nan family la katakan. Tapi Sya tak balik. Sebab hari itu Sya
dah balik , tak de duit sebenarnya. Hihi :D
Ha,
sebenarnya Sya nak kongsi satu topic yang agak popular bila masuk surau/ masjid
ni. Salah satu masalah yang tak sepatutnya jadi masalah. Iaitu: masalah
memenuhkan saf dihadapan sewaktu solat berjemaah. Haish, agak pelik. Sebab bila
suruh penuhkan yang depan dyorang tk nak atas sebab-sebab yang tak munasabah.
Sebab kat depan tak de kipas la, sempit la, jauh dari kawan la. Macam-macam.
Bukan ke , saf depan lebih baik dari saf belakang. Bukankah, terputusnya saf
itu jika ada satu ‘lubang' dalam saf itu. Ingatlah ye, di bulan Ramadhan nilah
kita nak kutip pahala untuk bekalan akhirat. Kalau hari biasa memang susahlah
kita ni nak ke surau buat solat berjemaah.
Diriwayatkan
dari Jabir bin Samirah ia berkata : Rasulullah bersabda: “ tidakkah kalian
ingin berbaris, sebagaimana para malaikat berbaris di hadapan Rabb mereka.”
Maka kami bertanya , “bagainamakah para malaikat berbaris di hadapan Rabb?”
baginda menjawab, “mereka menyempurnakan barisan yang depan dan saling merapat
di dalam saf,”.
( hadis riwayat Muslim)
Selain
itu,
Dari
Abu Hurairah pula, Rasulullah s.a.w
bersabda : “seandainya orang-orang tahu (pahala) yang terdapat di dalam
seruan (azan) dan barisan (saf) pertama kemudian mereka tidak mendapatkan cara
untuk mencapainya kecuali dengan cara melakukan undian, pasti mereka akan
mengadakannya,”. (hadis riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Jadi?
Kawan-kawan, rebutlah peluang yang ada di depan mata. Jika ada ruang di saf
hadapan, mencelah je masuk. Tapi dengan penuh sopan ye. jangan sampai
bertolak-tolak sebab nak saf depan. Hihi :D oke la ye. Sya ade homework nak
buat. Assalamualaikum semua.