Thursday 4 October 2012

Assalamualaikum pembuka bicara,
Salam sejahtera pemanis kata,
Harap kalian sudah bersedia,
Kerana post kali ini sangatlah istimewa.

Macam mana dengan pantun ni? Luar biasakan. Hihihi :D terkena tempias ‘Pengucapan Awam’lah ni.
Okey! Saya tau ape yang bermain di minda awak. Pasti tertanya-tanya, “pengucapan awam??”  (“,)
Pengucapan awam ini salah satu cara pensyarah subjek Kemahiran Dinamika kami menilai pelajarnya ketika memberi ucapan awam. Tajuk yang saya kemukakan minggu lepas ialah “ Malaysia, Negara kebanggaan ku”
Baiklah! Tujuan sebenarnya bukan ingin menceritakan tentang pengucapan awam ini, tetapi saya ingin menceritakan pemgalaman yang membuatkan saya teruja sehinggakan saya ingin berkongsi dengan awak semua. { urm.. mcam ade kaitan je topic ni dgn tjuk pengucapan awm tuu..hehehe :P }
1stly, saya nak ceritakan betapa meriahnya sambutan
Perhimpunan 1malaysia.
Suatu kebetulan, sambutan kemerdekaan dan sambutan hari raya Aidilfitri dalam bulan yang sama. Pihak kolej mengadakan sambutan ini untuk meraikan kedua-dua perayaan ini. Saya sangat teruja sebab setiap prektikum dibenarkan membuka khemah untuk membuat ‘prektikum terbuka’ {ala-ala uma t’buka gitu.. J best!! }
Oleh itu, kami (satu prektikum) berkerjasama menghias khemah untuk Nampak lebih meriah. Selain daripada mengadakan ‘prektikum terbuka’ , pihak kolej juga ada mengadakan tarian satu Malaysia, persembahan nyanyian dan sedikit tarian moden. {ade prsmbhan bgi kaum india, cina dan melyu} Amat membanggakan saya, majlis ini berjalan dengan gilang gemilangnya dengan hasil kerjasama AJK-AJK yang terlibat walaupun berlainan bangsa.
Perkara yang membuatkan saya lebih ‘interesting’ untuk ‘share’ ialah….
Dalam saya sibuk berjalan-jalan di sekitar Dataran Pelajar yang penuh dengan khemah-khemah yang ‘comel-comel belaka’, saya ternamapak beberapa orang lelaki segak berbaju jubbah dan berserban elok di kepala. {agak pelik, sebab major pakai baju melayu.. hurm..} sekali saya pandang… jengjengjeng..
Mereka adalah 3 orang sekawan yang berbangsa cina. Sangat teruja. Saya begitu tidak menyangka, mereka berbaju jubah dan berserban untuk menyambut peraya Aidilfitri peringakat kolej kami. { tapi sayang .. tk de gamba la.. segan la nak amek gamba dyorg.. hihih}
Di sini saya ada sertakan sedikit gambaran pada hari tersebut.

2ndly, hebatnya..
Minggu Penghayatan Islam
Meski pun saya tidak terlalu aktif untuk menglibatkan diri {bnyk homework laa.. time tu tutorial math tak siap lagi.. topic trigonometric plak tu..haishh.. } tapi saya dapat merasakan kehangatan minggu ini. Rasa rugi sangat tak dapat hadirkan diri dalam. Tetapi saya ada mengikuti beberapa kempen dan aktiviti .
Antara aktiviti yang diadakan ialah seperti:
*Malam Epilog Cinta*
*Kuliah Maghrib*
*meng’update’ status “ {nama awak} is in relationship with Allah and Rasul”*
*Kempen Anti-‘Couple’*
*Kempen menutup aurat*
Dalam kempen Anti-‘Couple’ dan menutup aurat ini, pihak ANC (An-Nur Committee) {orang surau laa.. J }menggalakkan para pelajar memakai pakaian seragam seperti ; perempuan memakai baju berwarna pink atau purple dan lelaki memakai baju hitam atau putih sahaja. Pakaian seragam ini hanya sebagai simbolik menyokong kempen-kempen ini. Pada hari tersebut, saya suka tengok ada sesetengah daripada bangsa cina dan india turut memakai baju warna yang disarankan. { comel je kan.. J}
ANC bersungguh-sungguh menyampaikan dakwahnya kepada panghuni kolej dengan tidak bersetuju adanya budaya ‘couple’ di dalam kolej kami. Hal ini dapat mengelakkan berlakunya zina dan dapat menjaga maruah dan nama baik agama Islam, keluarga, bangsa, Negara serta nama kolej sendiri. Menarik bukan?

3rdly, cantiknya persembahan dalam majlis
Pesta Tanglung
Rasa teruja bila majlis ini akan diadakan di kolej saya. Bukan ingin meraikannya, Cuma untuk mencari sedikit pengalaman dan ilmu tentang perayaan ini. Bila saya tengok iklan di setiap susur untuk ke dewan kuliah, saya teringatkan kawan sepraktikum saya yang ‘mix’ cina, Inas namanya. {ayah dia melayu, mak dia cina.. sangat comel la dia ni.. huhu..}. Inas mengajak saya buat tanglung bersama-sama dengan beberapa lagi orang kawan yang lain.
Tamat sudah kelas pada 26/9. { hooray! ;) } Inas beritahu, nak buat tanglung ni perlukan satu tin. Jadi selepas kelas, kami sanggup beli setin air seorang semata-mata untuk membuat tanglung. Hihi. Saya beli tin air Nescafe berwarna biru dan ‘silver’.
Selepas maghrib, kami berkumpul di bilik Inas untuk menjalankan misi MEMBUAT TANGLUNG. {kui3.. agak excited sbb tk pena buat seblum ni.. }  Bila sampai di bilik Inas, dia da buat dulu dah. {sampai hati Inas.. L hahaha, grau ja.} dalam sibuk kami siapkan tanglung, Inas membega lilin. Dari lilin yang panjang, dia potong menjadi lima. Lilin yang kecil tu akan di muatkan di dalam tanglung kami sebesar tin air minuman.
Akhirnya, kami Berjaya menghasilkan 4 buah tanglung. { buatan sendiri ye. bukan beli. Comel nye!!! :O } hihi.
Tepat pada jam 9 malam saya, Inas, Ikhwani {classmate}, Mahira {roommate Inas} dan Fiqa {kawan Mahira} pergi ke Dewan Al-Farabi. Di situ la majlis berlangsung. Persembahannya agak menarik sebab persembahan dilakukan dalam keadaan yang gelap gelita, dan hanya cahaya tanglung sahaja yang kami Nampak. {cantikk! :’D} Persembahan yang paling saya suka ialah persembahan bahasa isyarat. Pelajar-pelajar membuat bahasa isyarat mengikut lirik lagu. { sya ikut dyorg buat bhse isyart tu. Best ny klo dpt blja bhase isyart..}
Tamat saja majlis, kami bermain-main dengan  tanglung yang kami buat tadi. Kami bergambar sepuas-puasnya. {huhu.. best waktu ni..} kami berlawan, siapa punya tanglung dapat bertahan lama. Dan akhirnya, tanglung saya memenangi pertandingan ini. Ianya bermula daripada Dataran pelajar, di mana semua angling di nyalakan api. Dan kami berjalan ke kompel Inas. Sangat menarik. Walaupun ada lampu jalan tapi ‘still’ cantik. Terima kasih Inas. Sebab kongsikan beberapacerita tentang Pesta Tanglung.

Inilah antara aktiviti-aktiviti yang sebelum ini saya tak pernah hadiri tetapi saya dapat menjadikan ia pengalaman yang manis ketika saya belajar di sini.  Harap awak tak ‘jelous’ dengan kemeriahan majlis di sini. { huhu.. jgn marah.. }
Sekian,
Assalamualaikum.



Monday 23 July 2012

dairi ramadhan #1

1 ramadhan (21 julai 2012)
Baru lepas balik solat tarawih
Huhhh?! Da msuk bulan ramadhan da? Macam tak caye je. Sya rasa sya baru je msok kat kolej ni. Haish, sekejap je masa berlalu. Tup, tup dah 2 bulan ada kat kolej. Hurm.. tup,tup jugak. Dah nak ujian pertengahan semester (UPS). Agak gemuruh juga la. 
Actually, this my first experience I did my ibadah puasa without my family. I was excited but at the same time I’m very sad. Hihi. Biasalahkan. Sebelum ni sahur mak  yang kejutkan, makan minum mak boleh tolong. Kat sini semuanya kena buat sendiri. Selalu pergi terawih kat surau dengan mak, but this year always dengan roommates. Teringat petang tadi, Sya call my lovely emak. J huhu. Lepas rindu la katekan. Ape lagi da puasa esok pagi. Mak buat cerita sedih plak da. 
“ esok dah puasa. mak teringat kat kakak kat kolej. Nanti sahur makan ape lah anak mak ni. mak rasa lain pun ade. Mana taknya, selalu mak pergi tarawih dengan kakak, tapi tahun ni kakak tak tak de. mak pergi sorang la terawih malam ni.” 
(Adui.. mau menangis mak tadi. Tapi tadi mak kawal je sebab ade kawan kat sebelah.)

1st ramadhan pny tarawih tak berapa ramai sangat la. Sebab ramai student yang balik. Nak puasa nan family la katakan. Tapi Sya tak balik. Sebab hari itu Sya dah balik , tak de duit sebenarnya. Hihi :D
Ha, sebenarnya Sya nak kongsi satu topic yang agak popular bila masuk surau/ masjid ni. Salah satu masalah yang tak sepatutnya jadi masalah. Iaitu: masalah memenuhkan saf dihadapan sewaktu solat berjemaah. Haish, agak pelik. Sebab bila suruh penuhkan yang depan dyorang tk nak atas sebab-sebab yang tak munasabah. Sebab kat depan tak de kipas la, sempit la, jauh dari kawan la. Macam-macam. Bukan ke , saf depan lebih baik dari saf belakang. Bukankah, terputusnya saf itu jika ada satu ‘lubang' dalam saf itu. Ingatlah ye, di bulan Ramadhan nilah kita nak kutip pahala untuk bekalan akhirat. Kalau hari biasa memang susahlah kita ni nak ke surau buat solat berjemaah.

[ hihi. gamba google je la.. :) ]

Diriwayatkan dari Jabir bin Samirah ia berkata : Rasulullah bersabda: “ tidakkah kalian ingin berbaris, sebagaimana para malaikat berbaris di hadapan Rabb mereka.” Maka kami bertanya , “bagainamakah para malaikat berbaris di hadapan Rabb?” baginda menjawab, “mereka menyempurnakan barisan yang depan dan saling merapat di dalam saf,”.
( hadis riwayat Muslim)

Selain itu,
Dari Abu Hurairah pula, Rasulullah s.a.w  bersabda : “seandainya orang-orang tahu (pahala) yang terdapat di dalam seruan (azan) dan barisan (saf) pertama kemudian mereka tidak mendapatkan cara untuk mencapainya kecuali dengan cara melakukan undian, pasti mereka akan mengadakannya,”. (hadis riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Jadi? Kawan-kawan, rebutlah peluang yang ada di depan mata. Jika ada ruang di saf hadapan, mencelah je masuk. Tapi dengan penuh sopan ye. jangan sampai bertolak-tolak sebab nak saf depan. Hihi :D oke la ye. Sya ade homework nak buat. Assalamualaikum semua.

Selamat menjalani ibadah puasa.  

 

Wednesday 7 March 2012

pengalaman pertama ku !

assalamualaikum.
hari ini, bersamaan 7 mac 2012.
sya dah pecahkan rekod sya yang tak pernah sya buat sebelum ni.
nak tau ape? mungkin bagi korang benda ni biasa saja.
tapi bagi sya perkara ni luar biasa.

buat pertama kalinya sya keluar pergi kerja seawal 6.15 pagi..
waaaa!!! bangun seawal 5.15 pagi.
tapi yang waktu tu BLACK OUT!!!
macam mana nak gosok tudung? macam mana nak gosok baju?
macam mana nak bersiap ni???!
sya target pukul 6 elektrik da okey..
lao tak pakai juga la tudung yang berkedut..

tengah duk sibuk-sibuk bancuh air........
ting.. ting...
lampu da menyala tepat jam 6 pagi..
waaa!!! tekaan sya betul..
secepat mungkin sya gosok uniform.
secepat mungkin juga sya bersiap.
15 minit kemudian.... taa daaaaa!!
da siap. sepantas yang boleh sya jalan.
ye la.. ikut jalan bandar.. banyak kemungkinan yang akan berlaku.
takut juga kalu lalu lintas macam ni..

( nanti lambat.... alhamdulillah selamat..)
alhamdulillah..
sya dapat mengelak perkara seperti diatas berlaku dengan keluar awal.
sya ambil kesempatan tengok sekitar bandar raya pada waktu pagi.

# ada orang da keluar pergi cari rezeki
# ada anak-anak keluar menuntut ilmu
# ada yang tunggu bas seawal mungkin. (tujuannya sama macam sya. nak lari dari kesesakan)
# paling best. tengok banyak lampu kat DATARAN MERDEKA.

CANTIK bukan???!
akhirnya sampai juga di KOTA RAYA.
KOTA RAYA tempat yang mula sibuk pada waktu itu.
kenderaan sudah mula diaktifkan.
tapi sya dapat rasa bangga sebab dapat melepasi 1 'cabaran'.

lebih kurang 1 jam perjalanan ke USJ Subang.
sangat bosan. (terlupa nak bawa MP3 / bahan bacaan)
tertidur... arghhh! harap tak de orang perasan.

sampai sahaja sya amik sarapan..
then, terus naik dewan 'kuliah' yang di nanti-nanti.
mak ai... ! hensem nyer. hahahaah.. gurau je..
pepon memang best!

caantik kan.. nanti nak datang sini lah.. nak cuci mata.

Sunday 4 March 2012

Hanya Sebagai Persinggahan

Assalamualaikum.

Apa khabar sahabat-sahabatku semua?
saya berharap anda semua dalam keadaan sihat wal'afiat. 
saya juga sedar, sudah lama saya tidak meninggalkan jejak di laman ini.
sudah menjadi kewajipan dalam kehidupan seorang pelajar. 
sibuk dengan tugasan dan tanggungjawab masing-masing.
alhamdulillah.
segalanya sudah di uji. SPM sudah pun 3 bulan berlalu. 
hanya perlu bertawakal sahaja. 
 
sebenarnya, nukilan atau bisikan hati kali ini hanya untuk bertanyakan khabar. 
dan sedikit sebanyak ingin saya berkongsi hari yang di nanti-nanti sepanjang saya bergelar pelajar. 
HARI GRADUASI
 ( kami.... pelajar-pelajar 5Cekal.. wehh!! sya rindu korg..)
 
 (bersama-sama guru matapelajaran fizik kami : Pn Rupan)

semoga kita bertemu lagi dengan kejayaan masing-masing..