Thursday 3 November 2011

epilog rindu....

Assalamualaikum.
Apa khabar semua? Dah lama sya tak post cerita baru untuk semua. Maaf ya, sya tengah sibuk untuk persediaan ke dunia yang lebih mencabar. Untuk ke dunia tu , sya dan semua orang yang sebaya dengan sya akan berhadapan dengan satu ujian yang sangat  besar. Bak kata tok guru sya, Sijil Penentu Masa depan. Sijil itulah yang menentukan susah atau senang kita berhadapan dengan dunia baru itu. Kita harus cemerlang dan lulus ujian itu sebelum dilepaskan ke dunia yang sya kata mencabar itu. Kalaulah persediaan tidak sempurna,pasti anda akan berasa menyesal suatu hari nanti. Jadi , untuk menyempurnakan persediaan itu , kita haruslah berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhi kriteria untuk lulus dengan cemerlang dalam ujian itu. Masih terbayang-bayang mesej  kata semangat dari sahabat sya . GAMBATE! (berusaha!) Hehe.. Terima kasih Capital N.
Bila disebutkan tentang sahabat, sya sangat rindukan sahabat-sahabat sya dari tadika ke sekolah rendah dan seterusnya ke sekolah menengah. Terlalu banyak kenangan yang kita dah lalui bersama . kenangan manis yang sentiasa buatkan kita tersenyum, kenangan pahit yang sentiasa diingati. Memulakan hidup berkawan memang kita tidak sedar dari bila. Tapi pasti kita teringat saat kita mewarnakan bulatan dalam kelas bahasa inggeris, bergaduh tentang lukisan yang paling cantik , menangis apabila terjatuh ketika main kejar-kejar, menyanyi bersama-sama dengan pakaian seragam yang comel dalam kumpulan koir. Pasti buatkan anda tersenyum sentiasa.


Semenjak sya masuk ke dunia berumur belasan tahun, terlalu banyak insiden telah berlaku dalam hidup bersahabat. Tak kira dalam hidup sya sendiri atau hidup sahabat sya (berdasarkan eksperimen yang sya buat).  Amat berbeza ketika berumur 6 tahun dengan 15 tahun. Adahal istilahnya sama juga. Kita panggil kawan semasa 6 tahun, kawan juga kita panggil semasa 15 tahun. Sama saja kan? Tetapi kenapa ada yang tidak bertegur sapa dan bermasam muka sesama sendiri apabila bertemu? Kenapa ada sahabat yang tikam kawan dari belakang? Kenapa ada sahabat yang ibarat musuh dalam selimut ? apa istimewanya jika berpelakuan sedemikian? Tapi nak buat macam manakan , memang lumrah kehidupan. Itulah jawapan kebanyakkan orang jika ditanya. Memang lumrah kehidupan , kawan. Tapi kita kenalah elakkan diri daripada berkelakuan demikian. Jagalah hubungan sesama manusia agar hidup lebih tenang dan ceria. Cuba dengar dan hayati lirik lagu ni. Jika lirik ini dibaca dengan menggunakan akal, memang mendalam maksudnya. Jika lirik ini dibaca hanya sekadar baca tanpa berfikir , tiada satu maksud pun akan anda temui.

 (EPILOG RINDU-IN-TEAM)

bila bunga2 kelayuan berguguran

bagaikan pelangi selepas hujan reda
indah berseri mewarnai alam
beburung berterbangan riang berkicauan
tiada lagi mendung semalam

damainya di hati bila terpandang wajahmu
manis senyuman menghulurkan salam
lembut tutur bicara tersusun bahasa
terhapus sudah titis air mata

kenangkan suka dan duka yang dilalui bersama
indahnya kenangan yang pernah tercipta
hindarkan persengketaan jernihkan kekeruhan
bara amarahmu jangan dinyalakan

kasih dan sayang membentuk titian rindu
menghubungkan hati yang lama terpisah
mengeratkan lagi ukhuwah yang lama telah terbina
bahagia dalam makfiratNya
oh indahnya jalinan kasih sayang

kenangkan suka dan duka yang dilalui bersama
indahnya kenangan yang pernah tercipta
hindarkan persengketaan jernihkan kekeruhan
bara amarahmu jangan dinyalakan

tidak sempurna iman tidak bernama insan
andai bermusuhan dibiar berterusan
leburkan keegoan hulurkan kemaafan
semoga sentosa dalam keredhaan

tinggal duri2 yang mencalar lukakan





Kali ini sya nak buat kelainan sikit. Sya nak watak bernama Capital K berkongsi serba sedikit tentang hubungan persahabatan. Sebenarnya, Capital K ni ada sikit masalah dengan beberapa orang kawan dia. Tapi , sya tak nak ceritakan. Sya serahkan keyboard ni kat Capital K key. Sya mau makan dulu…
##################################################################################
Hallo semua. Macam yang sya beritahu, saya Capital K. Urm, boleh tak Capital K bahasakan diri sebagai K. boleh ye? okey, sebenarnya K bukan saja-saja nak menaip kat blog sya ni. K rasa nak sangat kongsi cerita dengan kawan-kawan sya. Tapi segan la kan. Orang punya blog, kita nak menyibuk pula. Sya kata “ kawan-kawan sya, kawan K juga.” Ha! Sebab tu la K nak share dengan korang semua. K cerita ni… Bismillahirahmanirrahim.
Masa sekolah rendah K rasa kita semua tak berapa faham pasal persahabatan kan? Tapi sejak K lalui ini, K rasa K dah faham pasal persahabatan. Dulu,beberapa tahun yang lepas K ada 1 group ni. Kitorang memang rapat sesangat. Kitorang ber4. Selalu sama-sama. Sampaikan orang kata kitorang nie tak senonoh. Pergi mana-mana nak sama-sama. Biasalahkan, mulut orang. Tak boleh nak tengok orang rapat sikit. Semua cerita yang kitorang rasa nak share, kitorang cerita ja. Saling mempercayai. Best sesangat masa tu. Rasa happening je. Hehe… =) K ni dulu orangnya cepat touching tau. Bawak dari zaman kecil-kecil dulu. Sampai satu hari ni, dyorang ber3 tak tegur K. K cakap dengan dyorang, dyorang wat macam tak dengar je. K da penat cakap sorang-sorang K diam je la. K bwak diri. Tetibe, K rasa serba salah. Dalam hati K kata ‘ aku ada buat salah ke?’. Air mata secara spontan keluar. Memang sedih sangat. Sapa suka tengok kawan benci kat diri kita kan. Korang pon samakan? cuba kawan-kawan korang tak tegur korang , or korang cakap dengan  dyorang , dyorang tak jawab. Mesti korang tertanya-tanya kenapa kan? macam tu lah yang K rasa.  
Tak lama tu oke la. Cuma tak rapat macam dulu. Cakap pun macam biasa je. Tak de la semesra dulu. Setiap tahun tukar kelas. Mesti orang yang lain-lain duduk sebelah K. K akan rapat dengan orang yang duduk sebelah K. sebab K ni jarang  berjalan ke tempat orang. Malas nak jalan. (tapi kalau jalan keluar kelas punya la suka.hee…) and sejak tu juga K da jarang cerita pasal K kat orang. Takut nanti dyorang bongkar rahsia peribadi yang K cerita tu. Kadang-kadang tu juga ada la sikit, just nak minta pendapat. Paling buatkan K terasa sedih sangat masa K minta maaf kat kawan K. K dengan seikhlas hatinya minta maaf dengan dyorang kalau ada buat silap. Korang tahu dyorang balas apa? Dyorang senyap je. Tak satu suara pun yang cakap yang dyorang maafkan K. K sedih sangat n K takut K tak sempat minta maaf.. K menangis kat situ juga. Tiba-tiba K terdengar orang ketawa.. hati K tertanya ‘aku buat lawak ke?’. K terasa memang sangat sakit, pedih, terguris.. luka…kecewa….K dengan tenangnya cakap kat dyorang  “tak pe la korang. K tak kisah kalau korang taknak maafkan K. masing-masing ada hak untuk memaafkan sesiapakan. Korang boleh ketawa sebanyak mana korang suka. K tak kisah. Terima kasih,” bayangkan korang kat tempat K. apa korang rasa??
Suatu hari ni, K ada terpandang sorang kawan ni. Nampak baik sangat. terasa nak kenal dengan dia.  Mula-mula segan juga nak tegur, kebetulan ada kawan K sekali . K minta no phone kawan tu kat orang (nakal kan?). sejak tu K berkawan rapat dengan dia. Dia tu siapa? Urm , kita panggil dia J la. Okey? Bila K rasa bosan , K akan text J. J ni pandai amek hati tau. Ada saja J nak cerita kan. sampai suatu hari ini ,   dia ada cakap “ if K ada masalah n nak share dengan J , text je okey? J sedia dengar cerita K. okey ;)”. Sejak tu juga K Cerita masalah-masalah K kat dia. J ni seorang yang caring, loving, kind, pemurah , jujur nan paling penting, dia juga seorang yang ikhlas.   K dapat rasa keikhlasan bila dia bercakap dengan K. K rasa tenang sangat bila tengok dia happy. Kadang-kadang K boleh rasa happy juga. Tapi bukan bila tengok J je happy , bila tengok kawan-kawan lain tersenyum. Automatik K akan tersenyum juga. K suka sangat tengok orang senyum dan ketawa. Sbb tu K suka sangat sakat orang . nak tengok orang kat keliling K tersenyum. K boleh lupakan masalah K wat sementara waktu bila tengok orang keliling K macam tu. J ni tak boleh tengok K buat muka sikit. Mesti dia akan tanya. Kalau K happy, dia nak tahu kenapa K boleh happy macam tu. Kalau J tengok K macam ada masalah or macam sedih, J pun akan tanya kenapa. Kadang-kadang K tak bagitau J ,  J dh tau sendiri(power kan?). bila dah tau, J akan buat something yang bolehkan K ketawa n senyum macam selalu. Sweetkan J ni??? Tak tahu lah berapa ramai kawan macam J ni. K nak jadi macam J, sedia untuk sesiapa saja. J tu memang lain dari yang lain. Kalau J da geram sangat, sebab K tak mau cerita kat dia, dia mesti akan cakap macam ni. “K, J sayang kat K tau. J tak nak tengok K macam ni. Masam aje. Kalau ada problem cerita je. Memang kadang-kadang J tak boleh nak tolong , sekurang-kurangnya beban dalam hati K tu dapat dikurangkan. Kalau lepas ni K da tak nak cerita dengan J, maknanya, K da tak percaya dengan J lagi” bila J cakap macam tu, K rasa sangat dihargai , dijaga dan disayangi . [ J, K pun sayang J jugak… ;( ]
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan bukan?  Sudah tiba masa untuk K berdikari tanpa J. J perlu pergi jauh sedikit demi masa depan. Walau pun terasa sedih dalam hati bila J tinggalkan K, K rasa bersyukur sangat dapat sahabat yang setia disisi K tak kira K susah atau senang. J dah pernah tengok K tersenyum bahagia, J pun dah pernah tengok air mata sendu K. K juga bersyukur sebab walaupun kami berjauhan , hubungan persahabatan antara K dengan J masih terikat kuat dan kukuh lagi. Alhamdulillah, K dapat sesuaikan diri dengan kehidupan K sekarang. J beri K kekuatan setelah berhadapan dengan kehilangan yang sangat besar. J memang hebat!
Suatu hari ini, ada seorang kawan K, Q memberitahu tentang seorang dari group yang K cerita mula-mula tadi. Hati K terasa pedih, sakit, kecewa, sedih , dan macam-macam lagi K rasa. Kenapalah ada kawan yang sanggup memburukkan kawan sendiri.? Kenapalah ada kawan yang sanggup mengkhianati kawannya sendiri? Perlukah menyalah anggap keikhlasan seseorang dalam hubungan persahabatan? Tak perlu kawan! Cukuplah Dia yang mengetahui. Hati lebih penting. Kenapa harus begitu? Tapi, K cuba bertahan. K cuba lawan perasaan K. Alhamdulillah. K tak ambil hati apa yang dyorang da buat pada K. K sayang kat dyorang.K tak pernah ada sedikit pun perasaan benci kat dyorang. K cakap kat Q “bia lah Q. yang penting sekarang K tak pernah benci kat dyorang. Mustahillah tak marah. Tapi marah K sekejap aje. Kalau dyorang perlukan bantuan K , K akan tolong selagi K mampu. Kalau tak , takpe. K ready je.” K sentiasa doakan kebahagiaan kawan-kawan semua. Thanks to Q and W cause sudi share hal yang sebenar. I love you all…!!
Itu semua cerita lama. K takkan pernah lupa. Bukan untuk membalas dendam atau rasa benci, tapi untuk dijadikan peringatan kepada diri K sendiri. K akan ingatkan diri K sendiri agar jangan buat kawan-kawan K macam apa yang berlaku pada diri K. K juga ambil iktibar dari seorang kawan K ni. Nama dia X. X ni dulu suka sangat buruk-buruk kan K kat kawan-kawan dia. Tapi sekarang, kawan-kawan dia tu da tinggalkan X. kesian dia tau. Pengajaran dari peristiwa X tadi, K rasa kita jangan buat benda yang buruk terhadap kawan kita, nanti takut terkena kat kita sendiri.
Setiap hari K akan bertemu dengan sesiapa sahaja bertemankan dengan senyuman yang memberi keyakinan pada diri K. Sekarang K akan bermesra dengan sesiapa sahaja asalkan dia seorang yang berbudi bahasa. Jika budi bahasanya kurang, K akan tegur dan berharap dia boleh terima teguran K. terpulang untuk diri seseorang untuk terima. Cara seseorang membalas salam perkenalan K , K tak ambil kisah sangat. Asalkan  K puas sebab punya ramai kawan yang baik-baik. Sebenarnya kalau korang nak tahu, kawan-kawan K baik tau. Cuma saja je dyorang taknak tunjuk. =)
Untuk kawan-kawan! K sayang korang sangat-sangat. Muahhh… 
#################################################################################
Lama batul Capital K ni menaip. Ambik! Panjang punya cerita. Ha! Macam mana? Menarik tak cerita dia? Habis dia muntahkan semua. Harap korang dapat ambil yang baik dari cerita Capital K. buang yang keruh, ambil yang jernih. Pandai-pandailah korang nak tapis macam mana. Sebelum sya undur diri, sya nak sampaikan pesanan Capital K kat kawan-kawan.
Capital K :
setiap perkara buruk atau masalah yang berlaku dalam kehidupan kita, bukanlah perkara yang malang. Setiap perkara itu merupakan ujian-Nya untuk kita dalam kehidupan di dunia yang sementara ini . DIA nak tengok sejauh dan sedalam mana kesabaran, ketabahan dan kekuatan  hati kita melawan diri dari melakukan perkara yang buruk. Ujian itulah yang mematangkan hidup kita. Setiap perkara yang ingin kita lakukan jangan lakukan dengan sambil lewa. Berfikir dahulu  sebelum mengambil sesuatu tindakan. Jika tidak , kita akan menyesal dengan tindakan sendiri. Jadilah insan yang mementingkan hubungan persaudaraan. Jangan sesekali menyakiti hati sesiapa, rajinkan bibir untuk  mengucapkan kata kemaafan. Hidup ini hanya sementara. Kita hanya meminjam jasad ini. Tuan jasad ini boleh ambil semula jasad ini bila-bila masa sahaja yang Dia mahu. Jadi mohon maaflah kepada sesiapa sahaja sebelum terlambat. Dan paling penting, jangan menyimpan rasa dendam atau benci. Senang cerita, jadilah insan yang pemaaf. Kerana sifat itu sangat mulia. Ingat ye… belajarlah dari pengalaman. Jangan ulangi kesilapan yang sama. Jadikanlah hari ini lebih baik dari hari semalam. Berbuat baiklah, kawan. =)
Hurm, terima kasih ye Capital K sebab sudi kongsikan pengalaman dalam hidup bersahabat. Bak kata ustaz hot (yang kat dalam HotFM tu) “renung-renungkan dan selamat beramal” ;) .
Sekian sampai disini sahaja. Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment