Monday 23 July 2012

dairi ramadhan #1

1 ramadhan (21 julai 2012)
Baru lepas balik solat tarawih
Huhhh?! Da msuk bulan ramadhan da? Macam tak caye je. Sya rasa sya baru je msok kat kolej ni. Haish, sekejap je masa berlalu. Tup, tup dah 2 bulan ada kat kolej. Hurm.. tup,tup jugak. Dah nak ujian pertengahan semester (UPS). Agak gemuruh juga la. 
Actually, this my first experience I did my ibadah puasa without my family. I was excited but at the same time I’m very sad. Hihi. Biasalahkan. Sebelum ni sahur mak  yang kejutkan, makan minum mak boleh tolong. Kat sini semuanya kena buat sendiri. Selalu pergi terawih kat surau dengan mak, but this year always dengan roommates. Teringat petang tadi, Sya call my lovely emak. J huhu. Lepas rindu la katekan. Ape lagi da puasa esok pagi. Mak buat cerita sedih plak da. 
“ esok dah puasa. mak teringat kat kakak kat kolej. Nanti sahur makan ape lah anak mak ni. mak rasa lain pun ade. Mana taknya, selalu mak pergi tarawih dengan kakak, tapi tahun ni kakak tak tak de. mak pergi sorang la terawih malam ni.” 
(Adui.. mau menangis mak tadi. Tapi tadi mak kawal je sebab ade kawan kat sebelah.)

1st ramadhan pny tarawih tak berapa ramai sangat la. Sebab ramai student yang balik. Nak puasa nan family la katakan. Tapi Sya tak balik. Sebab hari itu Sya dah balik , tak de duit sebenarnya. Hihi :D
Ha, sebenarnya Sya nak kongsi satu topic yang agak popular bila masuk surau/ masjid ni. Salah satu masalah yang tak sepatutnya jadi masalah. Iaitu: masalah memenuhkan saf dihadapan sewaktu solat berjemaah. Haish, agak pelik. Sebab bila suruh penuhkan yang depan dyorang tk nak atas sebab-sebab yang tak munasabah. Sebab kat depan tak de kipas la, sempit la, jauh dari kawan la. Macam-macam. Bukan ke , saf depan lebih baik dari saf belakang. Bukankah, terputusnya saf itu jika ada satu ‘lubang' dalam saf itu. Ingatlah ye, di bulan Ramadhan nilah kita nak kutip pahala untuk bekalan akhirat. Kalau hari biasa memang susahlah kita ni nak ke surau buat solat berjemaah.

[ hihi. gamba google je la.. :) ]

Diriwayatkan dari Jabir bin Samirah ia berkata : Rasulullah bersabda: “ tidakkah kalian ingin berbaris, sebagaimana para malaikat berbaris di hadapan Rabb mereka.” Maka kami bertanya , “bagainamakah para malaikat berbaris di hadapan Rabb?” baginda menjawab, “mereka menyempurnakan barisan yang depan dan saling merapat di dalam saf,”.
( hadis riwayat Muslim)

Selain itu,
Dari Abu Hurairah pula, Rasulullah s.a.w  bersabda : “seandainya orang-orang tahu (pahala) yang terdapat di dalam seruan (azan) dan barisan (saf) pertama kemudian mereka tidak mendapatkan cara untuk mencapainya kecuali dengan cara melakukan undian, pasti mereka akan mengadakannya,”. (hadis riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Jadi? Kawan-kawan, rebutlah peluang yang ada di depan mata. Jika ada ruang di saf hadapan, mencelah je masuk. Tapi dengan penuh sopan ye. jangan sampai bertolak-tolak sebab nak saf depan. Hihi :D oke la ye. Sya ade homework nak buat. Assalamualaikum semua.

Selamat menjalani ibadah puasa.  

 

No comments:

Post a Comment