Thursday 4 October 2012

Assalamualaikum pembuka bicara,
Salam sejahtera pemanis kata,
Harap kalian sudah bersedia,
Kerana post kali ini sangatlah istimewa.

Macam mana dengan pantun ni? Luar biasakan. Hihihi :D terkena tempias ‘Pengucapan Awam’lah ni.
Okey! Saya tau ape yang bermain di minda awak. Pasti tertanya-tanya, “pengucapan awam??”  (“,)
Pengucapan awam ini salah satu cara pensyarah subjek Kemahiran Dinamika kami menilai pelajarnya ketika memberi ucapan awam. Tajuk yang saya kemukakan minggu lepas ialah “ Malaysia, Negara kebanggaan ku”
Baiklah! Tujuan sebenarnya bukan ingin menceritakan tentang pengucapan awam ini, tetapi saya ingin menceritakan pemgalaman yang membuatkan saya teruja sehinggakan saya ingin berkongsi dengan awak semua. { urm.. mcam ade kaitan je topic ni dgn tjuk pengucapan awm tuu..hehehe :P }
1stly, saya nak ceritakan betapa meriahnya sambutan
Perhimpunan 1malaysia.
Suatu kebetulan, sambutan kemerdekaan dan sambutan hari raya Aidilfitri dalam bulan yang sama. Pihak kolej mengadakan sambutan ini untuk meraikan kedua-dua perayaan ini. Saya sangat teruja sebab setiap prektikum dibenarkan membuka khemah untuk membuat ‘prektikum terbuka’ {ala-ala uma t’buka gitu.. J best!! }
Oleh itu, kami (satu prektikum) berkerjasama menghias khemah untuk Nampak lebih meriah. Selain daripada mengadakan ‘prektikum terbuka’ , pihak kolej juga ada mengadakan tarian satu Malaysia, persembahan nyanyian dan sedikit tarian moden. {ade prsmbhan bgi kaum india, cina dan melyu} Amat membanggakan saya, majlis ini berjalan dengan gilang gemilangnya dengan hasil kerjasama AJK-AJK yang terlibat walaupun berlainan bangsa.
Perkara yang membuatkan saya lebih ‘interesting’ untuk ‘share’ ialah….
Dalam saya sibuk berjalan-jalan di sekitar Dataran Pelajar yang penuh dengan khemah-khemah yang ‘comel-comel belaka’, saya ternamapak beberapa orang lelaki segak berbaju jubbah dan berserban elok di kepala. {agak pelik, sebab major pakai baju melayu.. hurm..} sekali saya pandang… jengjengjeng..
Mereka adalah 3 orang sekawan yang berbangsa cina. Sangat teruja. Saya begitu tidak menyangka, mereka berbaju jubah dan berserban untuk menyambut peraya Aidilfitri peringakat kolej kami. { tapi sayang .. tk de gamba la.. segan la nak amek gamba dyorg.. hihih}
Di sini saya ada sertakan sedikit gambaran pada hari tersebut.

2ndly, hebatnya..
Minggu Penghayatan Islam
Meski pun saya tidak terlalu aktif untuk menglibatkan diri {bnyk homework laa.. time tu tutorial math tak siap lagi.. topic trigonometric plak tu..haishh.. } tapi saya dapat merasakan kehangatan minggu ini. Rasa rugi sangat tak dapat hadirkan diri dalam. Tetapi saya ada mengikuti beberapa kempen dan aktiviti .
Antara aktiviti yang diadakan ialah seperti:
*Malam Epilog Cinta*
*Kuliah Maghrib*
*meng’update’ status “ {nama awak} is in relationship with Allah and Rasul”*
*Kempen Anti-‘Couple’*
*Kempen menutup aurat*
Dalam kempen Anti-‘Couple’ dan menutup aurat ini, pihak ANC (An-Nur Committee) {orang surau laa.. J }menggalakkan para pelajar memakai pakaian seragam seperti ; perempuan memakai baju berwarna pink atau purple dan lelaki memakai baju hitam atau putih sahaja. Pakaian seragam ini hanya sebagai simbolik menyokong kempen-kempen ini. Pada hari tersebut, saya suka tengok ada sesetengah daripada bangsa cina dan india turut memakai baju warna yang disarankan. { comel je kan.. J}
ANC bersungguh-sungguh menyampaikan dakwahnya kepada panghuni kolej dengan tidak bersetuju adanya budaya ‘couple’ di dalam kolej kami. Hal ini dapat mengelakkan berlakunya zina dan dapat menjaga maruah dan nama baik agama Islam, keluarga, bangsa, Negara serta nama kolej sendiri. Menarik bukan?

3rdly, cantiknya persembahan dalam majlis
Pesta Tanglung
Rasa teruja bila majlis ini akan diadakan di kolej saya. Bukan ingin meraikannya, Cuma untuk mencari sedikit pengalaman dan ilmu tentang perayaan ini. Bila saya tengok iklan di setiap susur untuk ke dewan kuliah, saya teringatkan kawan sepraktikum saya yang ‘mix’ cina, Inas namanya. {ayah dia melayu, mak dia cina.. sangat comel la dia ni.. huhu..}. Inas mengajak saya buat tanglung bersama-sama dengan beberapa lagi orang kawan yang lain.
Tamat sudah kelas pada 26/9. { hooray! ;) } Inas beritahu, nak buat tanglung ni perlukan satu tin. Jadi selepas kelas, kami sanggup beli setin air seorang semata-mata untuk membuat tanglung. Hihi. Saya beli tin air Nescafe berwarna biru dan ‘silver’.
Selepas maghrib, kami berkumpul di bilik Inas untuk menjalankan misi MEMBUAT TANGLUNG. {kui3.. agak excited sbb tk pena buat seblum ni.. }  Bila sampai di bilik Inas, dia da buat dulu dah. {sampai hati Inas.. L hahaha, grau ja.} dalam sibuk kami siapkan tanglung, Inas membega lilin. Dari lilin yang panjang, dia potong menjadi lima. Lilin yang kecil tu akan di muatkan di dalam tanglung kami sebesar tin air minuman.
Akhirnya, kami Berjaya menghasilkan 4 buah tanglung. { buatan sendiri ye. bukan beli. Comel nye!!! :O } hihi.
Tepat pada jam 9 malam saya, Inas, Ikhwani {classmate}, Mahira {roommate Inas} dan Fiqa {kawan Mahira} pergi ke Dewan Al-Farabi. Di situ la majlis berlangsung. Persembahannya agak menarik sebab persembahan dilakukan dalam keadaan yang gelap gelita, dan hanya cahaya tanglung sahaja yang kami Nampak. {cantikk! :’D} Persembahan yang paling saya suka ialah persembahan bahasa isyarat. Pelajar-pelajar membuat bahasa isyarat mengikut lirik lagu. { sya ikut dyorg buat bhse isyart tu. Best ny klo dpt blja bhase isyart..}
Tamat saja majlis, kami bermain-main dengan  tanglung yang kami buat tadi. Kami bergambar sepuas-puasnya. {huhu.. best waktu ni..} kami berlawan, siapa punya tanglung dapat bertahan lama. Dan akhirnya, tanglung saya memenangi pertandingan ini. Ianya bermula daripada Dataran pelajar, di mana semua angling di nyalakan api. Dan kami berjalan ke kompel Inas. Sangat menarik. Walaupun ada lampu jalan tapi ‘still’ cantik. Terima kasih Inas. Sebab kongsikan beberapacerita tentang Pesta Tanglung.

Inilah antara aktiviti-aktiviti yang sebelum ini saya tak pernah hadiri tetapi saya dapat menjadikan ia pengalaman yang manis ketika saya belajar di sini.  Harap awak tak ‘jelous’ dengan kemeriahan majlis di sini. { huhu.. jgn marah.. }
Sekian,
Assalamualaikum.



No comments:

Post a Comment